BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah
meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem
pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-
· Unit pembiakan baka.
Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk
menghasilkan baka-baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan
pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula
melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk
tual.
· Unit
pengeluaran daging.
Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalui program
pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan
dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.
Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.
Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.
· BAKA
APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK
PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah
seperti:
· New
Zealand White.
· Calfornian.
· Carolina.
· New
Simonare.
· Sepanyol.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA
TEMPATAN ?
Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok
seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan
terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan
boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial
adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.
Pemilihan baka Pedaging biasanya diimport di atas
adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara
berbanding pada arnab tempatan, seperti:
· Purata
bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
· Purata
bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
· Berat
akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
· Berat
dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.
· Pusat
jualan baka
DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN
BERAPAKAH HARGANYA ?
Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab
yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat,
ltali dan Perancis.
Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.
Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.
· SAIZ
EKONOMI
BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING
· - Untuk
hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab
jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
· - Untuk
secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan
10 pejantan.
· - Untuk
pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
· Pemilihan
kawasan
APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK
MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?
Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam
pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
· - Berhampiran
dengan pusat jualan dan pemprosesan.
· - Jauh
dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti ternakan/ ternakan
lain.
· - Mempunyai
kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang
bersih.
· - Peredaran
udara yang balk dan memuaskan.
· - Dataran
tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.
